Minggu Pengurusan Pelajar Baharu [MPPB]

 
                           

 

Hai and assalamualaikum! Here's my first time writing a blog to share the scenario & important things for those who wondering, yang dah fikir nak masuk matrikulasi. Since there is not much blog about it so I want to share it to you for free. This is student from kms anyway. Atas sebab kesalahan perlu dibetulkan dan kebenaran perlu ditegakkan. Ada banyak cara-cara, slide pasal isi borang perjanjian yang mashaAllah. Lain negeri, lain punya cerita mengenai kolej matrikulasi but I am going to share what I experienced as a kms student and a little bit tips and help. So sorry in advance I tak boleh tolong yang bahagian rayuan punya sebab I dapat masa first pengambilan :)


Day 1 

 Datang-datang je untuk pendaftaran, haaa hujan :) 

 Kind of tergamam. Cekalkan hati, meredah hujan kerana lupa membawa payung huhu. Dengan bawa beg ehh daftar dulu, ambil kunci bilik baru boleh angkut barang. Renung-renungkanlah, jika anda berfikir bahawa andalah yang paling banyak bawa beg barang, tidak sebenarnya. Nyah ada yang bawa lebih daripada itu. Okay tak peduli sangat jangan gelabah asal sudah bawa benda penting. Haa macam mana nak daftar? Sebelum ini ada pendaftaran secara online jadi melalui laman web kms sendiri, dapatlah info bilik asrama mana, print tau maklumat nya sebab masa pendaftaran mereka minta yang salinan kolej. Juga print lah surat tawaran banyak-banyak, bangga jadi warga kms HAHAHA masa daftar dia minta satu dua salinan je :) 


Selesai daftar, angkut barang ke bilik. Sini satu bilik ada 4 orang penghuni. Ada 5 blok asrama. 3 blok untuk perempuan and 2 blok untuk lelaki. I got blok Vega hehe. Every blok ada advantage nya yang tersendiri. Asrama perempuan ada blok Mira, Polaris & Vega. Asrama lelaki punya ada blok Capella & Canopus. Selang blok tu ada kafe Carina (between Mira & Pola), kafe Lyra (between Pola & Vega) and kafe Orion (between Capella & Canopus). Setiap blok ada 4 tingkat (sistem British kira bawah sekali ground floor, atas baru tingkat 1 so basicially nak kata 5 tingkat pun boleh). Setiap blok ada 40 buah bilik start from tingkat 1. Cuma ground floor je ada 16 bilik. Every blok bersambung dengan kediaman felo (sekolah asrama dulu panggil warden) jadi nak pesan awal-awal, jangan guna tangga yang berhadapan dengan kediaman felo. 

Boleh tengok dengan jelas di laman web KMS, tapi kalau search tak jumpa, tak tahu kenapa


Kemas barang, rehat-rehat dalam bilik, kenal-kenalan, merenung-renungkan HAHA untuk parents ada taklimat waris di dewan Antares. Biasalah di awal pertemuan, awkward. Do not worry much about not getting along. Asal minda luas terbuka. Berdaya saing berkualiti. Macam lirik lagu Wawasan Gemilang fuh. Hafal tak hafal belakang cerita, bila nyanyi kerap kali taklimat, auto hafal sikit-sikit pun jadilah. Lagu sekolahku sejahtera, yeayy semanagtlah menyanyi sebab lagu dia pun fun, tengoklah siapa yang nyanyi :) 

Anyway, 4.30 petang to the dewan Antares untuk.. taklimat jadual MPPB. Haaaa ada akak abang fasilitator uwaaa. Dieorang hebat-hebat tau. Balik ke bilik bersiap ke surau untuk kuliah maghrib. Biasa first day ada bacaan yasin untuk keselamatan bagi yang muslim muslimah. 


Oh, biasa masa melawat laman web kms, ada link group telegram, through there dapatlah jadual MPPB. Yang ini untuk batch 2022/2023 punya. 


Nampak ke tak nampak lain cerita. Ini je piksel yang diberi huhu :(


Day 2

 Waktu pagi adalah ketenangan. No rush kalau bangun pukul 5. Peace. Tapi memang kena beraturlah kalau nak mandi. Ada shower. Cara nak tempah beratur/tempat - letak barang mandian. Anyway, kena ada di surau at least 10 minute before azan subuh. Habis kuliah subuh dalam 6 lebih. Balik bilik atau makanlah dekat kafe. Tak pun sambung tidur grr sebab program mula 8.30 pagi. 


Peraturan 15 minit berada di tempat sebelum program bermula. Jadi fasi bunyikan siren 15 min before 8.30 terus jalan pantas ke dewan Antares. Ada ice breaking. Kind of seronok sebab ada air kasih sayang HAHAHA gelaklah sebab diri tak kena. Kenal dengan lecturer, kenal dengan orang depan, kiri, kanan, depan & belakang. 10.30 rehat. 11 pagi uruskan dokumen. Haaa ini, memang leceh, cerewet, tercirit takdelah alhamdulillah HAHA. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian, terutamanya borang perjanjian pembiayaan bagi memudahkan pihak kolej filter and bagi elaun 250 ringgit bagi yang layak. Elaun masuk setiap bulan. Lambat ke cepat lain cerita. 

1 petang rehat. Boleh lunch & solat zohor. 2.15 dah gerak pantas ke dewan. Nak ke dewan memang jauh. Tapi biasalah, alah bisa tegal biasa. Ada program pengurusan disiplin & masa. For me ubat melawan tidur ialah tidur hehehe maaf (jangan dicontohi kerana anda pelajar cemerlang). 4.30 urus diri, solat asar. Petang 5.30 ada senamrobik yeahh semangatlah sikit. Ada aktiviti membentuk I ❤ KMS. Gambar final diambil pada hari esoknya. Jadi, gambar mula-mula tadi itulah gambar final. Cantik kan?


7.15 to surau. Mandi ke tak lain cerita larut malam boleh :) 8.30 literally rehearsal for YB datang. Mana ada taklimat kolej kediaman huhu. 


Day 3

 Setiap kali taklimat, dalam selang break macam tu kena nyanyi lagu Wawasan Gemilang lagu KMS dan Sekolahku Sejahtera. But no worries sangat, sebab dia tayangkan video muziknya di layar skrin projektor. Dari pagi sampai petang taklimat, taklimat, taklimat. Kenalah dengar sebagai pelajar cemerlang. Me? Confirm ada doze off sedikit hehe. Tapi memang kena dengar & catat sedikit sebagai rujukan. Macam contoh, taklimat jadual waktu. Dalam jadual waktu dia pakai kod tau, tempat pun ada kod. Kena hadam betul-betul ni. Taklimat PSPM (Peperiksaan Semester Program Matrikulasi), MUET yang kena ambik pada sesi 3 bulan 10 until 12. Huwaaaa nervous about MUET, mostly nak sambung ijazah course yang more to STEM kena dapat band 5 dan ke atas huhu. Nak sambung ijazah ke luar negara pun boleh. Keistimewaan program matrikulasi, flex haha. 

Petang, aktiviti membentuk I ❤ KMS. Ini final sebab dah pakai baju kokurikulum kan. Basicially dapat 2 type baju sukan, satu beg dan satu lanyard masa ke dewan Antares first day. 

Lawaa kan? Jangan tengok trek padang huhu

Ini yang makin sayang pada kms ni, eh tiber haha. 

  Malam yang dinanti-nantikan, bicara inspirasi bersama YBMK Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin. 


Serius tiada yang tidur sebab YB cakap jelas, menarik. Wau, tahanlah dari kira-kira 8.45 malam sampai 11.30 lebih. Ada sesi QnA pada 10.30 tu yang terlebih masa. Bagus yang bertanyakan soalan. What YB share, 

- Do your best, dengan ikhlas so there is no regrets. 

- Anything can happen, let yourself do your best.

- Semua ini sementara.

- Selalu humble, tunduk ke tanah. Kita tak tahu bila kita mati. 

- Work hard, not work smart, (sempat jugak buat meme) 

hehe...

- Setiap tempat kita pergi, tinggalkan kebaikan dan budi bahasa. 

- Push yourself to the limit. 

- Orang yang berjaya dia buat lebih daripada orang biasa buat. 

- Any consequences, bad or good, hadapi. Kuatkan diri. 


Yang Berhormat ada kongsikan mengenai kisah hidupnya, juga kriteria graduan untuk memohon kerja. 

- Lots of reading, pandai huraikan dengan tepat. 

- Willingness to work hard.


Sesi bergambar bersama Yang Berhormat, yang minta selfie tu memang sporting la. 

cuba cari saya di mana hehe

That was the time when students really hormat YB by not often touching phone. Before memanjang je duk melekat dengan phone.


Setem hasil information ( Borang perjanjian pembiayaan purposes) 
Basicially, spend 40 ringgit untuk setem. 


Cara 1
 1. Pergi ke pejabat pos beli setem 10 ringgit x 2 
2. Lengkap isi borang, pergi LHDN untuk matikan setem 10 ringgit x 2 


Cara 2 [Jimat tapi terpulang nak ikut atau tidak]
1. Straight go to LHDN nak matikan setem duti 10 ringgit x 2



Day 4 [Last]

 Last day orientasi. Hari ini rasa relax. As always, solat subuh berjemaah, then balik ke bilik. Maybe sebab I jenis yang suka/ caught doze off masa taklimat, jadi kalau nak tidur atas katil malam je. Pagi 8.30 ada taklimat kokurikulum di Dewan Kuliah Kecil (DKK). Sukaaa, suka sebab ada vibes universiti hehehe. Suka, sukaa juga sebab ada aircond hehe. Pendek kata, kokurikulum masa 1st semester for modul 1 & aliran Akaun. Then semester 2 for modul 2, 3. Getting ready for KAKOM [Karnival Kokurikulum]. Tahun ni dekat Melaka wuu. Lepas tu ada program perkhemahan dekat Pahang. 

Getting back to dewan Antares UWOOO saya amat bersemangat. Ada lagu genre K-Pop dimainkan yeah gila-gila K-Pop kann. Ada lagu Twice, haa menari terus masa duduk auto jumpa Once, auto jumpa pc NCT Jaemin(?). I now mainly layan BTS je, kumpulan lain cuma lagu je minat. HAHAHA I can't lah, senior (fasi) pun gila-gila K-Pop juga. Lagi-lagi lagu Big Bang & Blackpink. Aik borak pasal K-Pop terpaling bersemangat jiwa. It's alumni talk time. Quite interesting. As I said lepasan matrikulasi boleh ambil ijazah di luar negara di universiti-universiti yang mengiktiraf program matrikulasi. 10 bulan je belajar. Okay selepas ini tekad nak belajar nak dapat 4 flat nak ke Korea University hehehe. Asasi/diploma ada? No insult hehehe. 


Rehat awal. Sampai dewan pun tiber awal. Pergi rakam gambar sekejap. It's taklimat perpustakaan yang brief. Sukaa saya sukaa. Straight to majlis penutupan minggu MPPB. Minggu Pengurusan Pelajar Baharu berakhir. Alaaa fasi-fasi menangis T-T Mereka lulus PSPM dengan jayanya. Uyoooa ada fasi yang dapat 4 flat :0 Haaa ada semangat tak nak belajar? Jadual kelas belum dapat lagi. Kad matrik masih dalam proses penjanaan. Hoping it comes out well. Jadi MPPB habis nak buat apa? There was some of them balik bilik auto tidur, ada yang auto ke padang HAHA wishing all the best, demi nama baik KMS. The fasi was all sporting actually and helpful. Let's see next week. Esok Jumaat boleh balik bermalam yeayy nak uruskan dokumen perjanjian pembiayaan. Nak singgah Pantai Morib, kind of miss it, rindu. So okay byeee ❤


Sudut gambar 

Dewan Kuliah Kecil, ada 4 

Surau As-Sufi waktu pagi



yeah, waktu pagi adalah indah untuk ambil gambar

So sorry atas segala kekurangan, typo ke, as I said this is my first ever blog huhu byeee nak berkemas untuk balik bermalam. Okay that's it thank you sudi membaca blog saya ❤ 







 

 

Ulasan

Faina Arisya berkata…
Semoga sukses dalam mengejar 4 flat.. 😉

Catatan popular daripada blog ini

Lastt - Raya di KMS, PSPM2, Semester 2

Minggu Kuliah, Tutoran