Semester 2 - Assignment, UPU, Koko, Event, Puasa

 

Selamat sejahtera dari school of wizard a.k.a KMS (HAHAHA ya Allah, nak ambik gambar malam went.. )


Masuk matrik even though belajar laju tapi senang nak score kalau study, study, study. Dahlah senang nak score, lecturer helpful pulak tu mengajar sampai faham. So, I tak faham kenapa orang taknak masuk matrik, yela, belajar macam kat sekolah (again) tapi I think here's a bit free. Yang mencorakkan diri terpulang pada diri, berdikari, disiplin sendiri.


Ya Allah, alhamdulillah Allah permudahkan dalam pelajaran. Now dah dapat rentak belajar dah. Kalau sem1 dulu tergaru-garu bila baca soalan assignment kalini sem punya rasa senang je T-T. Preparation is a must sebelum belajar sesuatu, kena ambil tahu benda apa yang bakal diajar, belajar mengenal dulu baru boleh cinta hihihi. 

Tapi sorry lah, kita kontrak je ni dah tak lama dah, lagi 2 bulan HAHAHA. Nak pergi jauhh dari science stream shiuuuu~ nilai merit in upu tinggi wooo saya takutt >_< 

My tendency in interest (upu guide purposes)- not in science comp(though banyak kerjaya, no for me), biology lepas pagar, chemistry atas pagar, math out haha *perit. 

Nak kutip balik language, I'm more to creativity heeeeeee. UUM my first choice, semoga berjalan dengan lancar aamiin, tak dapat kita gi UKM/UTHM yeayy antropology seems fun, lots of text ngeh. 


Soooo, kita koko sem 2 ni, memang nak kata, BESTTTT TERAMAT!! Kelas koko untuk waktu kita bermain, jauh daripada main core subject. Played badminton, dodgeball & petanque. Ohhh akhirnya tahu cara nak main petanque, kena pandai kawal bola besi. Aippp yang sains fizikal tak payah guna Newton punya motion law. At first seminggu tiga minggu koko, ada beep test, prepare elok-elok before test sebab test ni pre punya, yang bebetul dah nak akhir sem nanti. Penting untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Nak mengukur tahap kesihatan badan semestinya. 

How's my koko project? Mantap lah mesti. Agak bangga sedikit ya diri ini yang cadangkan nama pertandingannya - Deonji ball. Senang nak sebut kan heee ni ambik dari bahasa Korea ni yang bermakna baling. Held on 12/2, the firstt kelas koko yang promote projek koko sem ni. Well, dieorang yang nak cepat buat projek akhir so why not nanti nak dekat bulan puasa dah. Kiteorang buat sendiri tau line gelanggang, ukur sendiri, angkat goal sendiri, pasang net, angkut barang. Heh tapi berbaloi. Yeayy dapat handle pa system jadi habiss semua lagu kpop yang dipasangnya HAHAHA SORRY IDK lagu lain, lagu English pun aku layan yang slow, sedih, ada je open request, dari dangdut ke macam-macam muzik remix pelik. 

Ramai dah sekarang yang minat kpop kan, macam rimas tapi apa nak heran? Zaman teknologi berkembang.... tak macam 5 tahun lepas. Sikit-sikit orang kutuk plastik, fikir kiteorang ni mudah reput ke? Ni anti reput lah. Buang yang keruh, ambil yang jernih. 


Penat membebel, nah lihat. Nice bukit Jugra kat belakang (*thumbs up)


Sem 2 lah baru benda yang tertanya-tanya function. Yeayyy ada servis basikal, dikendalikan oleh jpp. Tak perlu bayar apa pun nak naik, tapi sumbangan amat dialu-alukan. Cuma beri kad matrik/ic untuk pinjam. Dia ada certain masa nak pinjam, approx. 40 minit guna satu sesi, pagi petang for weekend, petang for weekday. Memang hangat sambutannya. Agak 'gila' lah ada yang tunggu dari pukul 4 lagi dah terpacak depan stor basikal, kat belakang DKB1.

 Now biasa je. Pukul 5 buka, pagi pukul 8 macam tu. Naik basikal pusing satu kolej + dengar lagu memang syok! Naik pusing-pusing bersama bestie pun boleh, tapi restricted kepada dalam kolej je, and kawasan kediaman lecturer tak boleh lalu. Servisnya malangnya limited pada certain kuantiti, kadang 20 buah je ngeh sikit, banyak yang kena baiki. Semoga orang yang menguruskan dapat urus dengan semaksima mungkin, sebab siapa je yang tak reti naik basikal hihihi. 


  Highlight before puasa, ada malam kebudayaan anjuran SRN(Sekretariat Rukun Negara), yaaa yang dipinta-pinta. Sem lepas anjuran koko punya. Yang ni mestilah lit! Ada pelbagai persembahan daripada pelbagai budaya kaum di Malaysia. Dari Timur ke Barat, ada sketsa Lagenda Mahsuri, persembahan silat, taekwondo, nyanyian daripada yang dari Borneo, Semenanjung juga tarian tradisi.


Kucing felo ni kalau tak buat hal memang tak sah, nak healing lah tu

Malam kebudayaan anjuran SRN, tanya blog kenapa kualiti gambar begitu, bukan saya.

Sukan Matrikulasi Selangor anjuran jpp


 Esoknya majlis penutupan SUKMAS. Haha, I didn't layan sangat SUKMAS, even tak berkesempatan join any, so tak bisinglah kalau rumah sukan sendiri (Sage) dapat naib johan. Orang pun sangka kiteorang johan but orang cuma datang hari penutupan je mana tengok keseluruhan sangat so tutup mulut lebih baik. Johan Adria wooo mantap, ketiga Bolt then last Inferno. Tak banyak 4 rumah sukan je. Overall, jpp handle it well, ada kecemasan bertindak pantas, tapi tak puas sebab dj yang minta request lagu tapi putar berapa kerat je huhu. Tak kena langsung, Cupid lagu viral tiktok untuk sukmas? Bolehlah buat rasa-rasa lagu Standing in the eyes of the world pun ada haha. 

Time update ni (abandoned since 2/3 due to hw berlambak) dah masuk bulan puasa dah. Makin rajinlah kita ke surau hihi, setiap hari ada iftar kat surau, makan kat dalam talam seronok! Kembalikan adat orang dulu hihi. Ada solat sunat terawih kat surau, limit weekday sampai 8 rakaat je, weekend 20. Then witir 3 rakaat. Selalu habis terawih dalam pukul 9.50 malam.

Ya, kafe buka waktu sahur, tapi tengahari ada yang tak buka. Petang depan Lyra ada bazar sikit. Ingat ya, beli jangan ikut nafsu, tak habis siapa yang nak habiskan haa kan membazir tak elok. 


Also, tolong hormat more & be better on bulan Ramadan ni. Kurangkan dengar lagu, ketepikan rasa nak 'judge' orang tu buat itu ini. Kurangkan cakap kosong. Yang penting homework tak sah kalau tak banyak dah nak dekat PSPM ni kan.. 

Sekian, itu sahaja perkongsian kali ini. Semoga yang selalu tercicir barang tu berubahlah jangan makan semut. Byeee~ 









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lastt - Raya di KMS, PSPM2, Semester 2

Minggu Kuliah, Tutoran