Lastt - Raya di KMS, PSPM2, Semester 2

 



Bye bye buku. Behave tau bila kat tangan tuan baru ✨️ 

Pejam celik, pejamm *haa risau, celik je dah habis matrik T-T 


  Let's... cerita masa raya haritu. Mesti dan adaaa sambutan raya di peringkat kolej. Apapun mesti dekat dewan Antares, warna warni, ada kambing golek *malangnya tak dapat merasa beratur panjang gila dahlah fenomena strok haba sekarang ni, ada cendol yeay, air tajaan kafe, char kue tiau and portluck mengikut jurusan. Serbu je mana-mana jurusan punya makanan. 


Siapalah warga Malaysia yang berani tolak makan Cendol waktu panas-panas ni
 



Habis pasal raya, kembali kepada realiti kemudiannya study week. Biasalah tu terperap dekat kubikel. Alang-alang, bawak khemah, boleh tidur je kat kubikel dari pagi sampai petang je kat situ. Library bukak je, tapi biasalah, penuh. Malam pun ada, musim panas ni sesuai belajar kat library bagi yang rajin. 

One last at DKB1, boleh pulak aircond rosak hukhuk panas T-T Yang ni pasal ada open lecturer maths, mantap panitia maths semoga dikekalkan maklumlah saya ni jenis lepas kuliah hilang ingatan, masa kuliah fokus betul 

And then.... exammm. First paper mesti Maths, and for Modul 3 special sikit pulang awal sebab dua paper on the last day. Yeayyyy marilah berjemaah ambik modul 3 ya, but yang jadi doktor/engineer tak bolehlah rasanya.. Gap within paper math dgn subjek lain memang jauh for few days, dalam waktu tu, jangan leka, study subjek lain gak, jangan gembira sangat math dah habis. 

Oh ya, basicially takkan ada paper on hari Jumaat & Isnin. For Jumaat obvious reason sebab ada negeri yang cuti, Isnin pulak not sure on what reason, maybe Monday blues(?) Masa tu bolehlah rajin ke kubikel, ingat masa study week je ke pergi heh. 

Kalau outing singgah lah ke PPAS, yang ni kat Kuala Langat, lovee dia punya slide yang dalam gambar ni sebab only for 13 above. Ada satu kat Jugra punya PPAS kecil, mostly full with kids & budak sekolah yang tinggal berdekatan, well siapa taknak aircond free + main game kat iMac heh. Also, dia tak bukak on adalah waktu dia



Honest review on subject(for SDS Science only sorry):

1. Mathematics (SM 015 & SM 025) 
- Sem 1 SUSAH YA ALLAH! SIAPA ln ni? Siapa exponen ni? Differentiate ada yaa, differentiate trigonometry *tak ingat dah HAHAHA 
- Sem 2 YA ALLAH SENANG GILAA! ln ni ohh, itu ini, exponen itu ini, ada integration, chap1 kacang, chap 3 first order differential, when integrate ada 2 anon, table, hmm.. banyak topik dah buat masa assignment, vector ada, bentuk, integrate area, volume, integrate trigonometry, random variables, tengok table binomial, normal, poisson 

2. Chemistry (SK 015 & SK 025) 
- Sem 1 rasa nak maki, awal chapter senang? Heh, pandai balance equation? Ada bentuk bentuk 3d polar non polar, rupanya yang kita belajar masa level SPM yang 2.8.8 tu scam ya, sini lain, guna spdf, 2s1, 2s2, * lupa dah electronic configuration, acid & base 
- Sem 2 a bit favourite, ada Organic Chemistry uwuuu, chapter 1 w Rate of reaction, chapter 2 thermochemistry, chapter 3 electrolytic cell, the rest organic chemistry, from alkane, alkene, benzene, hydroxy, carbonyl, carboxylic acid, amine, amino acid fuh! Mesti kena buat nota sendiri ni bagi nak faham time exam 

3. Biology (SB 015 & SB 025) 
- belajar bersama madam senior kolej ni mestilaaa seronok! Sem 1 all about cell. DNA, RNA, genetic, bab last dalam spm f5 pun ada, dalam.. 18% ada dalam SPM level.
- Sem 2 campur sikit pasal biodiversity & ecology, tahun ni biodiversity & ecology masuk assignment je. Selection, speciation one chapter. Biocatalysis, Cellular respiration, photosynthesis, Gaseous exchange, Transport system, Homeostasis, Coordination, Immunity. Ingatlah balik sikit-sikit yang dari spm level, tapi yang ni advance more. 

4. Physics 
- my acquaintance said that physics banyak calculation, idk well much. 

5. Science Computer (SC015 & SC025) 
- Sem 1 my favvvv, sebabtu boleh dapat A, guess yang tak boleh dapat ni kenalah celik IT. Ada Input, Process, Output(IPO). Edit audio guna Audacity, edit video. Then belajar key in, cari data guna Access. 
- Sem 2 was like a hell masa first belajar Java. *sbb masa spm level I was in pure science stream. Like.... wtfish benda ni? Dah nak habis sem like.. minggu 13-16 camtu buat coding heh, petik jari je. Both sem benda wajib belajar mesti ada algorithm - pseudocode & flowchart. A 50% advantage buat yang masa pt3 / spm level ambik Scomp. 


Subjek Koko, Pend. Islam/Moral & Pengajian Am Matrikulasi depends u dapat on sem berapa. Yang penting mesti suka subjek Koko & dapat pulak lecturer yang suka ajak student nya bersukan hihi memang heaven! 
**I think I dah cerita pasal subjek ni, takpe baca je 

6. Pengajian Am Matrikulasi(PAM)
- One hour per week, biasa satu sem gabung PAM & Pend.Islam/Moral. Focus on dua projek besar ni je, yang lain nak tidur dalam kuliah pun takpa - Resume diri sendiri when to apply for work (biasa lecturer akan minta hardcopy by individu, dengar je lecturer cakap nak bila), video resume (projek berkumpulan tapi sorang je yang dalam video, yang lain biasa dapat kerja tulis skrip, edit video, pengarah)

7. Pendidikan Islam/Moral 
- One hour per week. Yang ni belajar santai-santai je, ada kuiz online, dengar usrah begitu je. 

8. Kokurikulum
- Two hours in one day per week. Yang ni kelas oleh satu pensyarah, student nya gabung dari satu kuliah yang sama, cuma bezanya dalam satu kelas KS/KP ada yang dari kelas tutorial lain. Kadang gabung gak dua lecturer/ lecturer mc ke. Ada satu projek akhir Kokurikulum kena buat & handle. Biasa student pilih weekend untuk buat. Kena rajin join projek koko orang lain for at least 3 untuk markah koko cantik. 
For kelas koko ni ada pengerusi kena lantik & jawatan tertentu, agak beban jugaklah kalau jadi setiausaha sebab kena taip report untuk projek akhir tu. Depends on how your kelas jadi, jangan ada yang sorang je struggle handle, tak mahu begitu, benda kena buat sama-sama, tahu dealing w human ni payah sikit, tapi tahanlah dengan sikap memasing for one semester. (Biasa jenis yang ni more selesa work w kawan tutorial sendiri / jenis select, doalah agar tak jadi/dapat macam ni).

Macam kelas I kat bilik senamrobik, eii rasa nak menari lagu Hello - Treasure je

 
9. English
- Three hour per week. Wajib on both semester. Sem 1 biasa focus on MUET preparation, Sem 2 santai-santai je, just complete task untuk markah PB lepastu dah boleh lari makan roti canai kat orion HAHA. 

View pagi dari laluan tangga dekat Vega, nampak macam kat penjara uhukk

One last view dari bilik, bila lagi nak dapat view cantik pagi petang huhu

Tengok warna langsir pun dah tau tingkat berapa HAHAHA tak suka merah, tapi merah ni bagus untuk block sinaran mentari pagi hihi




To sum up, semester 2 ni paling less stress. Sebab dah boleh adapt dengan cara hidup kat matrik, cara belajar, dah ada member. Santai-santai belajar pun actually dah boleh dapat pointer 3.0 ke atas, senang je kalau nak score kat matrik ni, tak risau sangat kalau nak ambik any course kat university. Tapi kalau nak ambik course yang berat macam engineering, law, account, science, belajar lah elok-elok, merit kat upu bukan rendah-rendah macam level diploma/asasi tau, tinggi gila macam menara TRX, 90% ke atas. Course account? merit 99% HAHAHA even kat UiTM je. Nak ambik course apa? Mikrobiologi? Sorry lah, merit 99%, kat uni mana? Any uni merit tinggi belaka, UKM, UM, UiTM. Belajar lah elok-elok kalau nak pointer cantik untuk jaga merit. 

I believe u can gain masa depan cerah kalau u bijak manage ur habit & disiplin diri. Kurangkan masa dalam media sosial, kurangkan tonton drama yang tak realistik, kurangkan main game. Jangan dengar sangat cakap orang yang masuk uni tak menjamin kerja yang stabil nanti, u belajar je kalau u nak, taknak sila lah kerja. Sekian, I maybe tak update pasal result sem 2 nanti, so this is the end of my journey in matrik. Semoga berjaya to those yang plan nak sambung belajar / do anything yang tak merosakkan diri, may all went well too. Sorry if there's some mistake in my writing. Byee~  

P/s:- Malam kat KMS cantik tau, boleh tengok banyak bintang kat langit, if lucky boleh tengok bulan terang je, menembus sehingga ke bilik terangnya hihi. Kalau ada masa berkelah je kat dataran kosmik waktu malam, jangan lepas pukul 11 nanti kena halau dengan guard. No wonder kat Banting ada pusat angkasa negara, udara masih segar tak dicemar. Pagi pun berkabus.


Byeeeee~ semoga tak rindu KMS sebab kalau rindu takda ubat, mana boleh masuk balik huhu :( Got to cabut sticker kat kereta byee again. Tysm sebab sudi membaca hingga ke akhir. 

*kalau nak less stress, for me ambiklah view ruang tepi tingkap, nicest view ever got only in kms 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Minggu Kuliah, Tutoran

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu [MPPB]