Minggu Kuliah, Tutoran

 

Selamat pagi dari KMS <3


Panduan pertama ketika dalam kuliah ataupun tutoran agar tidak sesat - JANGAN DOZE-OFF!!! 

Juga jangan terkejut - Sini belajar semua dalam bahasa Inggeris kecuali Ekonomi, PAM & Pendidikan Islam so selamat struggle those yang lemah dalam bahasa Inggeris :) Pra-universiti level kan. 


Hai and assalamualaikum! Berjumpa lagi kita pada mid-sem break, di mana cuti yang ada assignment disebalik keseronokan HAHAHA don't worry mine cuma 3 je lecturer beri - Biology, Math & PAM (Pengajian Am Matrikulasi). Back to this blog, in this page I will share this things; 

1. Mod belajar di matriks [Kuliah, Tutoran, Amali]
2. Balik bermalam, cuti semester, cuti kelulusan HEP 
3. My story & thoughts - KAKOM, struggle, MUET 


     Okayy jadi bagaimana belajar di matriks? Alah I ingat nak buat tajuk clickbait tadi - Jangan Masuk Matriks. Sebab apa? Hujung ni I cerita serius. Belajar di sini lain tau, tak macam dekat sekolah sangat. Alah biasalah ada je kadang TERpanggil lecturer as 'cikgu', TERbangun bila lecturer masuk, TERucap salam serentak bila lecturer bagi salam dan macam-macam TER lah. TERtidur itu erm... Sejujurnya selalu buat huhuhu nasib baik I cope with it. Bagaimana? 

- Be active 
  (minum air ke, garu-garu ke HAHAHA taklah, macam tanya minta ulang ke, biasa lecturer okay je kalau minta ulang) 
- Sit straight. 
  Jaga postur badan, taknaklah muda-muda dah sakit tulang belakang kann macam masalah bongkok. 
- Do a little stretch
  Takpe just gerak-gerak tangan sikit regang-regang, kaki also. 


Mod Pembelajaran di Matrikulasi
Mod pembelajaran di sini ada tiga(3): 

1. Kuliah
Ini yang duduk dalam satu dewan kuliah sama ada dewan kuliah kecil atau besar. Kuliah ialah pembelajaran secara ringkas, macam recap. Kuliah ini dia ikut kumpulan juga, gabungan daripada beberapa buah kelas. Sebagai contoh, my practicum S3K1P4 / S3K1T4, orang macam pelik kan kenapa namanya macam tu? Ini untuk aliran Sains punya kod so mine bermaksud Modul 3, kumpulan Kuliah 1 dan Praktikum 4. Anyway, I think semua lecturer masa kuliah sama je - Pantas. Sekejap sentuh topik ini, pastu sentuh topik lain, sekelip mata tukar. Jadi, memang pantang untuk tidur.

Kuliah ada dalam semua mata pelajaran kecuali English & Pendidikan Islam. Kuliah ini topik yang disentuh ada dalam tutoran, tapi biasa tutor dulu sebelum kuliah jadi dalam kuliah tinggal refresh je topiknya.  

*Khas mata pelajaran yang hanya ada kuliah sahaja - Kokurikulum & PAM (Pengajian Am Matrikulasi). 

2. Tutoran/Tutorial 
Praktikum, tutor, tutoran, tutorial sama je. Tutorial ialah cara belajar macam dalam satu kelas. Satu tutor biasa menempatkan lebih kurang 20 orang pelajar. Tutorial lah masa lecturer akan terangkan satu-satu mengenai sesuatu topik. Biasa diberikan kerja rumah sebagai latihan pengukuhan dan pada lain harinya tinggal bincang sahaja soalan yang diberi. Begitulah, familiar sangat sebab stail macam sekolah dulu. Namun, tak boleh ambil mudah kerana ini asas dalam pembelajaran. Tutorial biasa akan selalu beralih tempat, sekejap kelas kat tingkat ni, bilik ni, esok hari tempat lain. Macam tutorial & amali Sains Komputer selalu dekat makmal komputer, bersebelahan dengan library. Alhamdulilah setakat ini memang tak pernah sesat, sebab belajar sama ada di bangunan Andromeda (untuk yang ambil akaun & selalu exam kat sini), bangunan al-Farghani untuk bilik tutorial & dewan-dewan kuliah, bangunan al-Zarqali untuk library & makmal komputer dan Kompleks Makmal Sains (untuk yang ambil sains). 

3. Amali
Sebab I ambik Sains Komputer so I cerita yang aliran I je sorry kalau tak sama huhu. 
Waktu amali sains whether Chemistry or Biology or Physics sama je, ada minggu pre-lab, experiment & post-lab, practical itu mesti. Kena ikut plan jadual yang dikongsikan oleh lecturer masing-masing, kadang tak ikut ini yang cuak tiber bawa labcoat padahal takda experiment HAHAHA rajin gilaa.
 
Pre-lab - Perbincangan melalui soalan yang dikongsikan berkaitan dengan eksperimen yang bakal dilakukan. Biasa digabung contoh - pre-lab 1 & 2 dalam masa dua jam. 
Experiment - Habis lecturer terang sikit pasal experiment, terus buat. Biasa dalam group or in pair. Ini yang best mine recently Chemistry buat experiment titration so seronoklah main dengan radas, nak dapatkan pale pink huhu. 
Post-lab - Ini yang frust yang amat. Kena buat lab report. Memang data yang kita dapat dari experiment semua beza-beza, alhamdulillah kalau dapat data dalam range yang ditetapkan, innalillah kalau dapat data jauh sampai hujung dunia HAHAHA so far takda hihihi. 
Practical - buat experiment sorang-sorang tanpa bantuan lecturer kalau boleh. Terutamanya jangan panik tengok member habis experiment awal, fikir diri punya dulu. 



Balik bermalam, cuti semester, cuti kelulusan HEP (+outing)

Balik bermalam bermakna, Jumaat bagi perempuan selepas habis kelas after 12 boleh balik manakala lelaki selepas solat Jumaat yeayyy!! 
I pun pelik, apa maksud balik bermalam so this is it. Kena rajin-rajin tengok kalendar HEP so ada certain month boleh balik and certain takda, tahanlah sebulan dua bulan homesick huhu. Parents sebenarnya boleh je datang melawat sama ada Sabtu atau Ahad, hari biasa ada tapi jarang waktu petang. Biasa masa outing je parents melawat, idk lah about other parents as mine kalau Ahad perempuan outing my family datang je jemput bawa pergi Pantai Morib. 

Cuti semester dalam satu tahun (10 bulan) ada tiga kali - cuti pertengahan semester *macam sekarang awal bulan 9, cuti semester bulan 12 (for SDS & SES), cuti pertengahan semester lagi bulan 3, then habis bulan 5 *bagi SDS. SES kira cuti semester 2 bulan. 
PST - Program Satu Tahun / SDS - Sistem Dua Semester
PDT - Program Dua Tahun / SES - Sistem Empat Semester

Cuti kelulusan HEP memerlukan surat daripada parents & hospital/klinik kalau yang sakit. Boleh minta balik bermalam urgent contoh macam ada appointment dgn doktor ke, kenduri ke, lesen ke, etc. Biasa kalau kena covid pun disuruh pulang je, maklum pada HEP. 

Outing, bergilir contoh macam minggu ni Sabtu lelaki outing, Ahad perempuan. Lepastu minggu depan Sabtu perempuan outing, lelaki outing Ahad. Outing nak ke mana je? Cubalah keluar dari kolej, for me naik bas percuma Selangor dari depan kolej stesennya bas bawa sampai bandar Banting. Best woo outing around bandar Banting ni. Ada McD, Starbucks, BR, Sushi King, Family Mart. Yang suka makanan Korea baru-baru ni Myeondong Topokki baru je buka. Guardian dengan Watsons bersepah dekat Banting ni. Econsave buat cari stok makanan. Pergi bazaar cari tudung. Suka nature boleh pergi bukit Jugra mendaki, paragliding pun ada! Ada Pantai Kelanang berdekatan, Pantai Morib pun dekat lah jugak. Ha, promote habis-habisan ni HAHAHAAHAHAHA. 

Tapi malangnya, saya pelajar yang sedang dimabuk kemiskinan huhuk. Orang marah kenapa elaun habis, padahal, elaun yang sikit :) Terlalu banyak tarikan huhu. 

Iklan jap, cantik kan view?



My story & thoughts - KAKOM, struggle, MUET
Kalau taknak ubah cara belajar, baik jangan masuk matriks. Hafal hafal hafal je, fahamnya kemudian mana boleh! Nanti boleh tanya kawan mana boleh! Don't rely on them much! 

Tapi I nak sentuh pasal KAKOM dulu. KAKOM is Karnival Kokurikulum Matrikulasi yang diadakan setiap tahun. Yeayy our kolej dapat tempat ke-12. Tuan rumah KAKOM untuk tahun ini ialah KMM (Kolej Matrikulasi Melaka). Tahniah lah heh Selangor no gold medal huhuhu. Cuma 2 silver for Ragbi Perempuan & Tenis perseorangan Lelaki. Yeah I saw their struggle as me pernah try main tenis before and kadang jalan petang nampak dieorang main. Sudahlah, I takda bakat huhu. 

MUET... HUWAAAA NERVOUSS AAAA speaking test on 13th October. Exam bertulis on 5th November. Kena dapatkan band 4 ke atas baru boleh pilih course best-best. I risau pasal speaking, now berlatih juga nak improve. Berfikir dalam bahasa Inggeris... Nak menjana idea banyak, the struggle huhuk. MUET ni penting untuk kemasukan ke universiti for degree level. MUET lebih kurang sama je kot dengan SPM level BI? Ada 4 komponen - Reading, Writing, Listening & Speaking. 

Sooo, recently baru habis UPS 1 Science Computer, jadi boleh nampaklah, pemahaman pada Sains Komputer itu kurang, tak boleh hafal, kena fahamkan dahulu baru boleh hafal. Lecturer mana yang tak kecewa, markah penuh 25 je... Okay, tak boleh cerita banyak-banyak. People do expect from us much. Itu jelah nak cakap. Awak budak matriks tak boleh begini tau. They don't see our SPM result much, sini semua sama-sama kena struggle. Tak faham kena bangkit, fahamkan. I dulu pun ambik Asas Sains Komputer but sampai PT3 je, benda yang diajar senang je but tricky. Yeeee tahu yang masuk aliran Sains Komputer asalnya dari pure Science stream sebab ada Biology, kiteorang jenis suka menghafal jadi when it comes to Science Computer jadi kurang... Kena struggle. UPS1 kot, markah dibawa ke overall pointer.. Muhasabah diri. Ubahlah cara belajar. 

Awww so sorry complaining here, I marah pada diri I je, hidup di matrik kena laju tangkap belajar apa. Stres itu pasti, but no one could feel / know the value when it passed - your own satisfaction,  hasil daripada usaha penat lelah kita. Hanya kita sahaja yang mampu menilai diri kita. Sekian, saya mengundurkan diri dahulu. Bye! 

Tips menggunakan laci meja, hope it helps! 






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lastt - Raya di KMS, PSPM2, Semester 2

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu [MPPB]