Minggu belajar, PSPM, Semester 1

 

Selamat bertemu kembali daripada Kundasang, eh salah, Jugra huhu susah nak beza, inilah jadinya bila study pada musim tengkujuh, yang kabus di bukit sana, di kolej ni biasa-biasa je alhamdulillah.  


Untuk memudahkan pembacaan, saya bahagikan cerita saya dalam perkongsian kali ini kepada 4 bahagian, 

1. Lifestyle di kolej 
2. Tips belajar, study week 
3. UPS, PSPM, amali, pointer 
4. Honest thoughts 

---

1. Lifestyle di kolej

Mari mulakan dari bulan 9 hingga 11. Basicially beginilah, bangun, belajar, makan, belajar, tidur. Belajar dengan lecturer dari pagi ke tengahari ke petang. Selalu memang malas nak keluar jalan-jalan waktu petang or weekend  walaupun lecturer galakkan keluarlah sentuh rumput, sentuh alam tapi nah, lagi sakit mata memandang beza jantina jalan sebelah-sebelah. Setiap tempat kita pergi pasti ada keburukan nya tersendiri. Demi nama baik kita buang yang keruh ambil yang jernih. Pandai-pandailah jaga diri orang kata. Ingat pada tujuan kita balik, though yeah, adalah ternangis sebab homesick. Siapa suruh dengar lagu sendu huh. Kucing dekat rumah selalu ignore, tapi kucing dekat sini mashallah peramah 🥺 Sanggup mengembara jauh kadang dari kubikel ke library ke setiap blok asrama. 

Haih menyimpang cerita pasal kucing dan ikhtilat pulak. Yeee malam belajarlah sebab nak refresh apa yang lecturer ajar haritu. Dapat jawab satu soalan pun dah bangga dah self-rewardnya scroll timeline social media / tonton drama 2 jam 😌  

Overall, begitu. Diulang selama 4 bulan lebih. Okay je. Bagi yang ambil subjek kokurikulum semester pertama ni, dieorang ada buat projek akhir, so saya join lah weee untuk keseronokan diri bergaul dengan masyarakat. 

Oh, malam ambang kemerdekaan was a lit! Pertama kali sambut merdeka dekat kolej, ada persembahan daripada pelbagai budaya, persembahan puncak ialah pertunjukan bunga api. 
Blogspot ni, bagilah orang upload gambar dengan piksel cantik-cantik. Ni tak, suka burukkan gambar orang ish. 

Oh! PRD (Pembimbing Rakan Dinamik) serta unit kaunseling ada buat karnival kerjaya pada hujung bulan 11 haritu. Seronokk!! Budak kolej ini tetiba jadi collector totebag dari segala universiti daripada pameran haha. Karnival kerjaya diadakan untuk membimbing pelajar mengenali minat diri serta tujuan selepas matrik. Nanti isi UPU nanti buatlah keputusan baik-baik. Menilai universiti segi kebolehpasaran graduan, minat serta kesanggupan. 

Dah macam pasar malam dah. Sukaa, suka sebab ada makanan yang kita craving hehe. 

Haah, kadang-kadang ada pihak luar yang guna fasiliti padang dekat KMS ini untuk buat acara sukaneka. Aaaaa rindunya zaman sekolah rendah.

Majlis restu ilmu. Tapi selalu masa nak minta restu tu sehari sebelum exam hihi



At last, bulan 12 macam dah nak habis kuliah, 18 minggu belajar, waktu yang sesuai untuk sedar diri. Mulalah dengan melawati kubikel jumpa lecturer minta terangkan pasal pelajaran. Orang biasa pergi waktu study week tapi kan bagus mula awal dari minggu 16, 17. Memupuk diri untuk belajar memerlukan kerajinan. Peringkat awal kepada kematangan adalah dengan menyedari bahawa diri perlu belajar. Ewahh ambik ayat daripada siri Wednesday. A good word. Orang yang bodoh ialah orang yang menyedari bahawa dirinya telah sempurna dan tidak perlu belajar. 

Hidup perlu ada prinsip. Prinsip inilah yang menjadi penyuntik semangat kita untuk hidup. Kembali mengenali tujuan kita hidup. 

Curse but KMS version. HAAHAHAHA YA ALLAH, sabar jelah plug bilik selalu rosak. Idk  most of the time okay je guna extension, bukan untuk cas semua benda serentak la tapi mungkin ada yang guna periuk elektrik tu so.. and, barang tertinggal is so common. Duit tercicirlah, handphone pun tercicir. Ish ish ish. 



Oh ya, di sini keputusan SPM tak matter sangat, betul at the first like sebulan dua je, last-last semua sama je, sama-sama kena struggle. Sebab kita belajar benda yang sama. Kau dapat 9A ke 11A ke 3A je kalau kau tak belajar, berlagak dah pandai, suka procastinate, tak sentuh buku lebih daripada 3 hari memang tak guna, merosakkan pointer je.  Sebab menuntut ilmu ni, ilmu yang kita peroleh kena jaga. I said baik-baik ni in order to not lost it during exam. Jadi, sila jaga amalan baik dan buruk serta adab di sini. 

2. Tips belajar & study week 

- cuba buat summary/ cara jalan kerja for math & chemistry. It helps you to track when solving problem. Macam.. jumpa limit ni ni nak kena buat apa? Factor? Masuk nilai dapat indeterminate? 

Chemistry contoh kalau jumpa soalan limiting reactant kena tengok equation, balance kalau tak balance lagi, masuk nilai itu ini, compare. 

- Bio kena tahu itu apa benda? Dia buat apa? Dapat dia dari mana? Dia buat... untuk hasilnya apa? Tengok pada keyword, contoh: 

  - secrete for hormone only

  - penetrate 

  - stimulates 

  - inhibit 

  - development 

Letak while pada comparison. Then goreng lah. 

- keyword amatlah memainkan peranan dalam membina ayat. Kena ada keyword yang sesuai, penting untuk subjek scomp & bio sebab ada term IT & saintifik yang spesifik. Macam perkataan - allow, efficient, degenerate, disintegrate. 

- jangan tangguh, nanti stres. Alah masalahnya memang dah stres dari mula hihi relaks. 

- buat jadual belajar. This is crucial. Amat amat penting. Me zaman pt3, spm sampai sekarang kekal buat jadual belajar nak hadap exam. Preparation is a must! Peruntukan masa belajar sehari. Me about 10 hour, 9 to 12, 2 to 5, 8 to 1 am. *eh ni 11 jam hihi. 

- masa belajar bukan untuk buat homework. Latih diri buat tanpa rujuk apa-apa. Later check lah jawapan/notes as diri tu perlu diperbaiki. It takes time. Kuatkan diri. Push the limit. 

- tak digalakkan belajar sambil mendengar lagu. Only if you encounter the consequences, you know. if more can be a little menganggu masa jawab exam nanti. Nak ingat pelajaran tetiba yeah here we are, we are the dreamers, we make it happen, cause we believe it. Yeah musim piala dunia haha. 

- goreng ayat sampai hangit itu.. E.g -- proses A menghasilkan B. B dihasilkan oleh proses A (mengulang sampai abang jamil mampus kerana ingat itu je huhu) 

- goreng yang bagus ialah, 

A dihasilkan melalui proses B dan menghasilkan C. C yang dihasilkan oleh proses B melalui proses D. 

Okaylah, golden brown goreng. 

- kenal cara belajar anda. Lebih baik study dalam group sebab lebih faham bila saling bertukar ilmu atau study dengan lecturer masa consultation atau study sendiri.


Study week itu apa? Minggu di mana konsultasi bersama lecturer dibuka. Rajin-rajinlah pergi al-Battani tu, inshaallah lebih faham mengenai topik yang dipelajari. Bangun pagi ingat ada kelas, mana ada takda hehe. Minggu yang lantak kaulah nak tidur lewat sebab belajar, asalkan bukan pada larut malam, esoknya nak exam baru nak study. Lampu belajar dipasang, noh sabar jelah dengan keamatan cahaya setiap lampu belajar lain-lain. Ada yang terang gila macam pointer saya HAHAHA. Ada yang terang macam nak ajak orang study jugak. Malas nak tegur, depa bukan yang buat lampu tu huhu tapi kita cuma nak tidur dengan aman 🥲 Meja akan disusun, tempat exam diedarkan. Me kenalah kerah kaki ini berjalan ke Dewan Antares setiap kali exam huhu. Dengan IC darjah enamnya hihi haritu mengundi pun dengan IC darjah enam. Tak malu sebab setiap bilik mengundi asing mengikut range umur. 


3. UPS, PSPM, amali, pointer

Majoriti subjek teras bahagikan pointer kepada 60% dan 40% daripada pointer bersih, 4.0. Apakah yang terkandung dalam peratus itu? Mari lihat 

60% - Assignment 20%, UPS 20%, Amali 20% (subjek tertentu ada amali) 

40% - PSPM 

Yang 60% itulah senang nak dapat. Dapat 50% je dah dapat pointer 2.0. Kira lulus. Tak perlu risau sangat. Tapi sebagai pelajar yang cemerlang kita tak boleh lepas tangan mengenai pointer. Kena dapat setinggi yang boleh. Kenali diri itu pasti mampu untuk capai yang terbaik. Be proud of yourself leads toward self-love. Haa, begitu falsafahnya mampu mengalahkan mat kilau. 


4. Honest thoughts 

I think I dah spill banyak daripada atas. Urm...mari mulakan dengan ini - And if I think that I'm a failure, then I'm the failure. I'll and am showing to you my growth. I am improving and not entitled for that negative title. Ayat dikarang sendiri, tidak ambil daripada mana-mana cerita kecuali cerita hidup saya sendiri. Tahniah diri kerana berjaya tahan 5 bulan di sana. Tiada yang rapat, and we managed to bekerjasama. Dunia KMS ini besar, terokailah. Jika tujuan kita baik, niat yang baik maka kita dipertemukan dengan yang baik-baik. Jika tujuan kita buruk, maka sebaliknya. 

I believe peraturan menjadikan seorang pelajar mampu untuk hidup dengan teratur serta beretika professional dalam melakukan pekerjaan. A border is a must in everything, dalam agama Islam kita ada hukum-hakam yang telah ditetapkan, dalam kolej tak perlu mencebik buat muka bila pengawal suruh balik bilik bila dah pukul 11 malam. Kita tak boleh terlalu tenggelam dalam keseronokan, ketahui padahnya. Semua sebab kita perlu latih diri kita untuk menjadi pemimpin dalam hidup kita sendiri. Betul, dalam diam cara hidup kita mempengaruhi orang di sekeliling kita. Bila roommate solat awal, kita rasa tergerak hati nak solat awal jugak. Bila roommate kita belajar, kita rasa kita pun nak belajar juga. Bila rommate layan drama Korea, kita pun nak tengok jugak but not me I don't think ada drama best-best sekarang. Majoriti drama tak menghormati yang single nak menjaga diri ini huhu. 

Jangan terlalu banyak ketawa nanti menangis. Semua kena kawal. Diri kena kawal. 

Luahan hati: 
1. Masih terasa ya dengan orang dewasa yang meremehkan golongan muda yang sudah boleh mengundi tapi tak reti nak pilih pemimpin. Mereka kata kita tak berfikir panjang dalam memilih, ikut keluarga punya pilihan, kita punca parlimen tergantung lah, kena gabung lah. Tahu belajar je, harap pandai belajar je. Mereka kata kita ini suka berfoya-foya, tidak tahu cara hidup dengan baik. Tidur lewat bangun tengahari. Kena suap je. Mudah terpengaruh. 
Biar mereka mencemuh. Kita buang yang keruh, ambil yang jernih. Mulut orang memang kadang main lepas je tak fikir panjang pasal perasaan orang lain. Hadam baik-baik bahawa remaja perlu untuk beradaptasi dengan suasana dunia ini walaupun memakan masa. I believe most of us pandai dalam membuat keputusan. Ada adab dalam setiap perkara serta pergaulan. 
2. Sayaaaaaaa geram dengan jenis orang yang suka buat kesimpulan awal. Like, 'oh, dia mesti busy, kita biarkan dia jelah.' 'Mesti dia dah tahu, tak payahlah ingatkan balik'. Manusia tak sempurna tolongg kita sama-sama saling memberi peringatan. **though I hate being the one who noticed first, tanggungjawabnya besar. Ini bukan laporan amali sains nak kena buat hipotesis awal. Human is unpredictable most of the time. Lagipun, kita beri peringatan sebab kita peduli. Tak peduli ialah lawan daripada cinta. Benar, macam saya yang bencikan math, jadi saya abaikan dia, tak peduli nak buat latihan dia. End up jadi lupa, susah nak ingat balik bila dah nak dekat exam. **I don't really like exponen & log serta segala keluarga log huhu. 


I think that's it. Cukup sampai di sini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Kita jumpa pada semester hadapan. Bye and assalamualaikum. 





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lastt - Raya di KMS, PSPM2, Semester 2

Minggu Kuliah, Tutoran

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu [MPPB]